Saturday, December 19, 2009

Sisipan YO Utusan Malaysia 19 Disember 09. Kemahiran Hidup Jamin Pendapatan


Penulis : Syed Azam Jamalullail, Pekarunding MARA untuk Bidang Pengurusan Peniagaan, Pengurusan Perakauanan dan Masakan.
Juruterbang Persendirian dan pemegang TaliPinggang Hitam ke 6 Tea Kwon Do juga Pengasas Akademi Ubis. Memiliki Syrikat Kejuruteraan bahan Bakar Ubis Corporation .
Email : ubisyed@yahoo.com.my

Kelas Kek dan Pastri Mara di Studio Ubis




Seramai 24 peserta dari MARA daerah Kinta telah terpilih untuk menjalani kurusu pembuatan Kek dan Pastri di Studio Ubis. selama tida hari bermula 17Dis hingga 19 Disember 09. Berukit adalah menu yang dipilih untuk kursus tersebut :

Program Pembuatan Kek dan Pastri anjuran MARA
Negeri Perak di Studio Ubis pada 17-19 Disember 2009.
Kek dan Pastri
Hari 1
Masa 0830-0930 Pendaftaran dan taklimat
0930-1030 Pengenalan kepada Alatan Memasak dan Bahan Mentah.
1030-1300 Menu 1 . Roti Bun , pelbagai Inti dan bentuk / Donut .
1300-1400 Sembahyang Zohor dan Makan Tengahari
1400-1730 Menu 2. Roti Sosej dan Donut pelbagai topping hiasan

Hari 2
0900-1300 Menu 3. Black Forest Cake dan Flan Cake
1300-1400 Sembahyang Zohor dan Makan Tengahari
1400-1730 Menu 4 . Moist Cake with Toping dan Chocolate Cake

Hari 3
0900-1300 Menu 5 . Cup Cake , Kuib Cake dan sponge Cake
1300-1400 Sembahyang Zohor dan Makan Tengahari
1400-1730 Menu 6. Membuat Ising serta pelajaran menghias kek.







Friday, December 4, 2009

Pemasaran adalah barisan hadapan sesebuah Perniagaan

Mukadimah

SYED AZAM JAMALULLIL adalah tunas didikan MARA yang kini menjadi pakar runding MARA dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Perkaunan dan Masakan.

Beliau juga juruterbang sambilan, pemegang talipinggan Hitam ke 6 Tea kwon do di samping mempunyai syarikat kejuruteraan bahan bakarnya sendiri dan pengasas Akademi Latihan Ubis.

Blog : www.ubisyed.blogspot.com

E-mel : ubisyed@yahoo.com.my

Permasaran adalah barisan hadapan sesuatu Perniagaan

Bagi belia yang ingin memulakan perniagaannya sendiri, perlulah memahami dan melihat fungsi pemasaran sebagai maklumat yang penting perlu berada di tangan pengurusan sebelum memutuskan sesuatu strategi perniagaan. Ia adalah 1 daripada 4 langkah dalam PENGURUSAN iaitu merancang, mengatur ( kordinasi),melaksanakan dan mengawal. Pemasaran adalah terletak didalam fungsi merancang didalam elemen pengurusan.

Penulis ingin membawa minda Belia dalam sesuatu keadaan agar lebih memahami pengaruh Pemasaran didalam perniagaan. Andai kita didalam peperangan kuno dan anda adalah seorang Jeneral yang akan melancarkan misi penting untuk menguasai sesuatu tempat tinggi. Apa yang diperlukan adalah maklumat risikan agar pasukan tentera besar atau kecil, taraf elit atau biasa boleh dikerah dengan maklumat geografi yang telah dikaji. Apabila maklumat diperolehi dari Barisan Risikan (Kajian Pemasaran) maka pasukan tentera akan dikerahkan sesuai dengan perancangan dibuat. Andaikan maklumat diproses secara lalai(salah urus) dan tidak tetap ianya akan menyebabkan kepincangan dalam segala usaha termasuklah kehilangan pasukan (aset/tunai/modal ).Maklumat adalah kuasa dalam membuat keputusan dan mampu menyelamatkan keadaan ( mengurangkan kos ). Pasukan seterusnya akan dibataskan oleh perancangan dan pelaksanaan yang telah dimajukan, maka strategi seterusnya akan menyesuaikan usaha yang telah diambil samada meningkatkan atau menghentikan usaha (pengawalan).Salah urus maklumat boleh menyebabkan kehilangan nyawa tentera yang sangat bernilai untuk membantu usaha meneruskan misi. Ini disamakan seperti kehilangan Tunai atau modal kerana melakukan sesuatu tidak perlu atau membazir untuk menembusi pasaran yang telah disalah taksir.

Dalam senario perniagaan Pemasaran adalah ciri risikan (Market research) terhadap sesuatu penerimaan barangan yang bakal dilancarkan dengan memahami GELAGAT penguna dan memahami segmen cara hidup setempat atau radian yang persamaan dengannya.

Ianya dengan meletakan strategi Pemasaran 4P seperti PRICE , faktor harga yang sesuai dengan mengambil kira kos pengagihan, harga pesaing, PLACE/PEOPLE , keadaan geografi , segmen , taraf hidup, ciri etnik dan juga gelagat pelanggan, PROMOTION, usaha-usaha Promosi dan pengiklanan. Kenapa barangannya perlu menjadi pilihan dan ciri-ciri meyamai kebaikan oleh pesaing atau lebih dan maklumat mencapai pengetahuan pengguna yang mempunyai kuasa membeli.Ia juga boleh membuat janji baru atau perubahan atau kemampuan menghasilkan sesuatu mengikut kehendak pasaran setempat yang berada dalam radian kawasan pemasarannya. PRODUCT, Barangan itu sendiri memenuhi kehendak pelanggan dalam capaian pemasaran. Pengguna berpeluang membuat perbandingan dan melaksanakan kuasa membeli dan mengulangi (kemenangan)

BARANGAN TANPA USAHA PEMASARAN ADALAH PERNIAGAAN GAGAL.

Kemahiran menghasilkan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang mampu memenuhi kehendak pasaran adalah faktor penawaran akan tetapi tanpa Usaha Pemasaran ianya tidak akan sampai kerana penguna. Ramai belia mempunyai kebolehan menghasil barangan yang berkualiti tetapi telah mulai sedar kekuatan pemasaran, sistem pengagihan dan jaringan ke Gedung-gedung besar bukan ditangan mereka. Disinilah kelemahan yang selalu berada kepada Belia-belia yang sedang menceburi pasaran dengan berniaga, apabila belia ini gagal menembusi pasaran dengan penawaran barangan maka Faktor masa akan mengikis semangat dan Modal niaga. Belia memilih makan gaji kembali.

BERSABAR DAN TERUS BELAJAR DAN TIDAK PUTUS ASA.

Mereka perlu bersabar sedikit belajar menguasai pasaran dengan mengkaji. Hasilnya adalah intangible kerana kesan usaha tidak dirasai segera , tidak seperti menghasilkan barangan. Hasil pembuatan mesti boleh dijual dengan kaedah tertentu dan berulang kali, ini adalah Urusan Perniagaan.

Kesimpulannya, bagi para Belia yang memilih bidang keusahawanan perlu kepada Kebolehan Pengurusan Pemasaran yang mengkaji kekuatan barangan disegmen-segmen tertentu dengan memajukan barangan yang mempunyai mutu dan nilai. Perlu dirujuk kembali apakah definasi pemasaran. Ia adalah satu tempat yang menemukan Penjual ( penawaran) dan Pembeli ( pemintaan ) dengan urusniaga jualbeli barangan atau perkhidmatan dengan nilai-nilai tertentu.

Diam Ubi ia berisi

Tuesday, November 24, 2009

Program I-KIT 2009 seliaan Ubis Kullinari


Berlangsung di Dewan Kullinari Ubis
pada selasa 24hb November 09 jam 4pm.
Pemerosesan Makanan Berasaskan Rempah dan Pes secara komersil oleh peserta Ibu tunggal seramai 30 orang. Program anjuran Pembangunan Wanita Negeri Perak dan dibawah seliaan Ubis Kullinari.
Program ini telah berjalan semenjak JUN-NOV 2009.




Friday, October 23, 2009

Sisipan YO Utusan Malaysia 24 Oktober 2009

MUKADIMAH
SYED AZAM JAMALULLIL adalah tunas didikan MARA, Pakarunding MARA untuk pengurusan perniagaan, pengurusan perakaunan dan bidang masakan. Beliau juga adalah juruterbang sambilan, pemegang talipinggang Hitam ke 6 Tae Kwon-do disamping mempunyai syarikat kejuruteraan bahan bakarnya sendiri dan pengasas Akademi Latihan Ubis.
Email : ubisyed@yahoo.com.my Blog : www.ubisyed.blogspot.com

Berniaga . Salah satu cara untuk menjadi Kaya.
Memulakan sesuatu perniagaan dengan dengan kemahiran dan tata urus pengurusan yang betul adalah satu usaha untuk menjadikan Usahawan itu berdaya maju dengan apa yang diusahakan. Tajuk kali ini adalah bagaimana seorang yang berniaga mampu mendapat hasil yang lumayan denagn memilih bidang perniagaannya. . Pendapatan perniaga menjangkau tahap pendapatan yang tidak dihadkan bergantung kepada usaha dan pemilihan sektor perniagaan berbandingan diantara pekerja yang mengambil gaji tetap bulanan. Seorang peniaga yang mengusahakan perniagaan tidak meletakan tahap pendapatan atas usaha yang dijalankan. Samada ianya dapat memaksimakan pendapatannya ataupun menanggung pembiayaan dengan wang sakunya sendiri, begitu juga takluk masa terhadap kerja-kerjanya. Pengusaha adalah seseorang yang terikat dengan tugasannya seperti 24 jam seharian malah perkara 6 bulan kehadapan pun perlu dirancang untuk mampu berdikari. Menceburi perniagaan secara tidak langsung menaikan “metabolisma “ daya memajukan diri dan sifat hijrah lebih ketara. Minda lebih terbuka dan peka untuk mengetahui sesuatu perkara berkaitan dengan perniagaannya.
Janji Allah bahwa 9 daripada 10 rezeki adalah datang dari sumber perniagaan . Yang Mencipta lebih mengetahui keadaan hambanya yang memilih jalan perniagaan sebagai Punca Pencarian rezeki keluarga. Penulis percaya meletakkan “kedua-dua belah kaki dalam bidang perniagaan akan dikurniakan kekuatan diri yang lebih ketara daripada pilihan mengambil gaji untuk sara hidup. Kekuatan Jiwa juga adalah harta tak ketara kepada perniagaan. Ia adalah kualiti penguasaha atas perniagaannya seterusnya mengandakan nilai ekuitinya.

Sikap yang terpupuk dari tekanan ekonomi adalah positif.
Sikap seorang peniaga akan terpupuk secara tidak sedar atau sedar akibat tekanan-tekanan mikro dan Makro ekonomi untuk menjana pembangunan minda terhadap perlakuan dan tindak tanduk ia menjaga perniagaannya . Peniaga akan mengalami satu proses perubahan dan pembelajaran yang tersusun secara ilmiah dan perkara ini mesti dilalui oleh setiap peniaga dengan cara dan dibidangnya yang tersendiri seterusnya terselamat ( survivor). Proses inilah yang akan menguatkan tapak asas asalkan peniagaan tidak berundur dari sini apabila mengalami masalah. Ia adalah sebahagian daripada KITAR HAYAT PERNIAGAAN yang memerlukan pengusaha itu tunggu . menghadapi dan mempelajarainya. Tahap kitaran ini adalah sangat penting kerana menentukan samada naiknya usaha dan perniagaannya atau turunnya perniagaannya selepas sesuatu keadaan.
Pendapatan yang lumayan.
Apabila melalui kesemua Proses Kitaran Hayat Perniagaan , sewajarnya perniaga boleh mengambil ganjaran atas apa yang telah diusahakan. Sesuatu yang usahakan semalam tidak boleh dirasai secara kekal pada hari ini. Ia adalah proses masa, ketekunan, ilmu, bertawakal dan sentiasa membaiki diri. Akan tetapi sekiranya peluang mengejar pendapatan lumayan, ianya tidak berkisar jauh dari menjalankan perniagaan. Perniagaan ini mampu mengkayakan pemiliknya asalkan perniagaan ini dijalankan dengan baik. Pendapatan dari perniagaan tidak dapat dihadkan denga factor nilai tetap tawaran bergaji, ia adalah Faktor angkubah bergantung kepada nilai-nilai perkhidmatan/barangan dan bidang yang diceburi juga kekerapan permintaan.
Fahami Kitaran hayat terhadap sesuatu perniagaan dan tata urus pengurusan yang baik. Anggap ianya satu displin yang perlu dijagai seperti peraturan lain. Peraturan perniagaan ini hanya dipantau oleh pemiliknya yang dikenali sebagai “SELF MOTIVATION”. Ketekunan ini menjadikan KEKAYAAN itu tidak diukur dengan pendapatan tetapi ilmiah , jati diri yang membawa kepada kejayaan syarikatnya meraih keuntungan hasil daripada keputusan yang baik dibuatnya.

Wednesday, October 21, 2009

Ubis Klang


Mula beroperasi ( Raya's Cookies):
18.08.2009.
Cafe & Bakery : 01.10.2009
Manpower : 23 including 5 Pastry Chef
Next Branch : Singapore


Ubis Ipoh , Pusat Bekalan Bakeri

Profile Ubis
Pusat Latihan Masakan dan Pembekal Bahan Bakeri

Pemilik Wanita Tunggal : Noor Azurra bt Mohamed

Chef Ubis Enterprise IP 0253417-W.Ditubuhkan : 21.02.07, Tarikh mula operasi : 28.05.07
Alamat Perniagaan : No . 59G , Lengkok Kledang Raya ,Taman Kledang Jaya 30100 Ipoh, Perak .

Perniagaan Syarikat : Mengendalikan Kiosk Chef Ubis, menjual Bahan-bahan Pembuatan Makanan Halal, Menganjuran kelas-kelas masakan, Menjual hasil pembuatan orang muslim setempat . Khidmat nasihat Chef-chef professional .

Ubis IP 0269771-A , Ditubuhkan : 25.11.07, Tarikh mula operasi: 28.0508
Alamat Perniagaan : No . 59-A , Lengkok Kledang Raya ,Taman Kledang, Jaya 30100 Ipoh, Perak .

Perniagaan Syarikat : Menyewa ruang bilik seminar, alatan mengajar , Penganjuran Kelas masakan dengan Jabatan-jabatan, kelab-kelab, badan berkanun, penganjuran persembahan pentas , pembuatan rakaman siri memasakan, penyeliaan kursus PSMB dan Perkhemahan . Menjual perkakas dan peralatan Dapur persendirian/Industri .Penyewaan kereta Promosi Chef Ubis .



Studio Masakan Ubis

Alamat di Ipoh :
No 59, Lengkok Kledang Raya, Taman Kledang Jaya,
30100 Ipoh , Perak Pej : 05 528 7067
Noor Azura 019 598 2371, Chef Syed Azam 019 321 3942

Kursus Pembuatan Kek dan Pastri

Kursus Anjuran Kemahiran MARA Pembuatan Kek dan PAstri tahap 2, seramai 22 orang peserta yang telah berkecimpung dalam bidang Bakeri. Ubis Kulinari menyediakan latihan amali untuk kemahiran . Bertempat di Studio Ubis , No 59, Lengkok Kledang Raya, Taman Kledang Jaya, 30100 Ipoh, Perak. Chef Syed Azam Jamalulail, Pakarunding MARA Pengurusan , Perakuanan dan Masakan.









Pembuatan Kek dan Pastri


Tuesday, October 20, 2009

Farewell di Ubis Klang

Decoration Cakes

Ini adalah salah satu kek yang telah kami pelajari daripada Chef Ismail ( Chef Ubis ). Su 014 2547266. Terima kasih Chef kerana mengajar sehingga kami mampu berniaga.

Monday, October 19, 2009

Homemakes Cupcakes

Ini adalah hasil kerja tangan daripada pelatih-pelatih Kek dan Pastri Batch 2. Kumpulan kami bersedia menerima tempahan untuk sebarang Majlis dan keramaian . Hubungi Saya :

Azizah, Peserta TP 2 : 012 612 4478

Ubis HOMESTAY in Ipoh, Perak











Batch 1 : Kek dan Pastri , 22 Jun - 20 Ogos 09


Kursus Pembuatan Kek dan Pastri MARA


Kelas Masakan Oriental - Ubis

my chef, chef ubis

kami pelajar-pelajar Kek dan Pastri Batch 2 yang akan menamatkan Pengajian kami pada 23.10.2009 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Chef Ismail kerana tunjukajar beliau yang amat berharga. Terima kasih. .... Anis

Taxi London For Hire