Saturday, December 19, 2009

Sisipan YO Utusan Malaysia 19 Disember 09. Kemahiran Hidup Jamin Pendapatan


Penulis : Syed Azam Jamalullail, Pekarunding MARA untuk Bidang Pengurusan Peniagaan, Pengurusan Perakauanan dan Masakan.
Juruterbang Persendirian dan pemegang TaliPinggang Hitam ke 6 Tea Kwon Do juga Pengasas Akademi Ubis. Memiliki Syrikat Kejuruteraan bahan Bakar Ubis Corporation .
Email : ubisyed@yahoo.com.my

Kelas Kek dan Pastri Mara di Studio Ubis




Seramai 24 peserta dari MARA daerah Kinta telah terpilih untuk menjalani kurusu pembuatan Kek dan Pastri di Studio Ubis. selama tida hari bermula 17Dis hingga 19 Disember 09. Berukit adalah menu yang dipilih untuk kursus tersebut :

Program Pembuatan Kek dan Pastri anjuran MARA
Negeri Perak di Studio Ubis pada 17-19 Disember 2009.
Kek dan Pastri
Hari 1
Masa 0830-0930 Pendaftaran dan taklimat
0930-1030 Pengenalan kepada Alatan Memasak dan Bahan Mentah.
1030-1300 Menu 1 . Roti Bun , pelbagai Inti dan bentuk / Donut .
1300-1400 Sembahyang Zohor dan Makan Tengahari
1400-1730 Menu 2. Roti Sosej dan Donut pelbagai topping hiasan

Hari 2
0900-1300 Menu 3. Black Forest Cake dan Flan Cake
1300-1400 Sembahyang Zohor dan Makan Tengahari
1400-1730 Menu 4 . Moist Cake with Toping dan Chocolate Cake

Hari 3
0900-1300 Menu 5 . Cup Cake , Kuib Cake dan sponge Cake
1300-1400 Sembahyang Zohor dan Makan Tengahari
1400-1730 Menu 6. Membuat Ising serta pelajaran menghias kek.







Friday, December 4, 2009

Pemasaran adalah barisan hadapan sesebuah Perniagaan

Mukadimah

SYED AZAM JAMALULLIL adalah tunas didikan MARA yang kini menjadi pakar runding MARA dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Perkaunan dan Masakan.

Beliau juga juruterbang sambilan, pemegang talipinggan Hitam ke 6 Tea kwon do di samping mempunyai syarikat kejuruteraan bahan bakarnya sendiri dan pengasas Akademi Latihan Ubis.

Blog : www.ubisyed.blogspot.com

E-mel : ubisyed@yahoo.com.my

Permasaran adalah barisan hadapan sesuatu Perniagaan

Bagi belia yang ingin memulakan perniagaannya sendiri, perlulah memahami dan melihat fungsi pemasaran sebagai maklumat yang penting perlu berada di tangan pengurusan sebelum memutuskan sesuatu strategi perniagaan. Ia adalah 1 daripada 4 langkah dalam PENGURUSAN iaitu merancang, mengatur ( kordinasi),melaksanakan dan mengawal. Pemasaran adalah terletak didalam fungsi merancang didalam elemen pengurusan.

Penulis ingin membawa minda Belia dalam sesuatu keadaan agar lebih memahami pengaruh Pemasaran didalam perniagaan. Andai kita didalam peperangan kuno dan anda adalah seorang Jeneral yang akan melancarkan misi penting untuk menguasai sesuatu tempat tinggi. Apa yang diperlukan adalah maklumat risikan agar pasukan tentera besar atau kecil, taraf elit atau biasa boleh dikerah dengan maklumat geografi yang telah dikaji. Apabila maklumat diperolehi dari Barisan Risikan (Kajian Pemasaran) maka pasukan tentera akan dikerahkan sesuai dengan perancangan dibuat. Andaikan maklumat diproses secara lalai(salah urus) dan tidak tetap ianya akan menyebabkan kepincangan dalam segala usaha termasuklah kehilangan pasukan (aset/tunai/modal ).Maklumat adalah kuasa dalam membuat keputusan dan mampu menyelamatkan keadaan ( mengurangkan kos ). Pasukan seterusnya akan dibataskan oleh perancangan dan pelaksanaan yang telah dimajukan, maka strategi seterusnya akan menyesuaikan usaha yang telah diambil samada meningkatkan atau menghentikan usaha (pengawalan).Salah urus maklumat boleh menyebabkan kehilangan nyawa tentera yang sangat bernilai untuk membantu usaha meneruskan misi. Ini disamakan seperti kehilangan Tunai atau modal kerana melakukan sesuatu tidak perlu atau membazir untuk menembusi pasaran yang telah disalah taksir.

Dalam senario perniagaan Pemasaran adalah ciri risikan (Market research) terhadap sesuatu penerimaan barangan yang bakal dilancarkan dengan memahami GELAGAT penguna dan memahami segmen cara hidup setempat atau radian yang persamaan dengannya.

Ianya dengan meletakan strategi Pemasaran 4P seperti PRICE , faktor harga yang sesuai dengan mengambil kira kos pengagihan, harga pesaing, PLACE/PEOPLE , keadaan geografi , segmen , taraf hidup, ciri etnik dan juga gelagat pelanggan, PROMOTION, usaha-usaha Promosi dan pengiklanan. Kenapa barangannya perlu menjadi pilihan dan ciri-ciri meyamai kebaikan oleh pesaing atau lebih dan maklumat mencapai pengetahuan pengguna yang mempunyai kuasa membeli.Ia juga boleh membuat janji baru atau perubahan atau kemampuan menghasilkan sesuatu mengikut kehendak pasaran setempat yang berada dalam radian kawasan pemasarannya. PRODUCT, Barangan itu sendiri memenuhi kehendak pelanggan dalam capaian pemasaran. Pengguna berpeluang membuat perbandingan dan melaksanakan kuasa membeli dan mengulangi (kemenangan)

BARANGAN TANPA USAHA PEMASARAN ADALAH PERNIAGAAN GAGAL.

Kemahiran menghasilkan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang mampu memenuhi kehendak pasaran adalah faktor penawaran akan tetapi tanpa Usaha Pemasaran ianya tidak akan sampai kerana penguna. Ramai belia mempunyai kebolehan menghasil barangan yang berkualiti tetapi telah mulai sedar kekuatan pemasaran, sistem pengagihan dan jaringan ke Gedung-gedung besar bukan ditangan mereka. Disinilah kelemahan yang selalu berada kepada Belia-belia yang sedang menceburi pasaran dengan berniaga, apabila belia ini gagal menembusi pasaran dengan penawaran barangan maka Faktor masa akan mengikis semangat dan Modal niaga. Belia memilih makan gaji kembali.

BERSABAR DAN TERUS BELAJAR DAN TIDAK PUTUS ASA.

Mereka perlu bersabar sedikit belajar menguasai pasaran dengan mengkaji. Hasilnya adalah intangible kerana kesan usaha tidak dirasai segera , tidak seperti menghasilkan barangan. Hasil pembuatan mesti boleh dijual dengan kaedah tertentu dan berulang kali, ini adalah Urusan Perniagaan.

Kesimpulannya, bagi para Belia yang memilih bidang keusahawanan perlu kepada Kebolehan Pengurusan Pemasaran yang mengkaji kekuatan barangan disegmen-segmen tertentu dengan memajukan barangan yang mempunyai mutu dan nilai. Perlu dirujuk kembali apakah definasi pemasaran. Ia adalah satu tempat yang menemukan Penjual ( penawaran) dan Pembeli ( pemintaan ) dengan urusniaga jualbeli barangan atau perkhidmatan dengan nilai-nilai tertentu.

Diam Ubi ia berisi