Sunday, August 8, 2010

Program Latihan dan Kerjaya

Penulis Blog : Syed Azam Jamalullil

Salam 1 Malaysia, Saya Syed Azam Jamalullail, sudah berumahtangga dengan Noor Azura Mohammad mempunyai 2 cahaya mata lelaki Syed Syamin dan Syed Faris. Saya menetap di Ipoh kerana Ipoh adalah tempat saya dibesarkan, sekolah St Micheal Institution ( hadapan padang Ipoh).
Sebagai perfession saya adalah seorang Jurutera dalam Bahan bakar disamping membangunkan idea Chef Product dan Kullianri bersama isteri saya. Perniagaan ini adalah miliknya yang saya hadiahkan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9 dan mula beroperasi pada ulang tahun lahirnya pada (37 tahun) 23Mei2008 .
Pada hari ini, saya telah melakukan banyak aktiviti Kullinari seperti Kek dan Pastri untuk mengajar anak-anak dari Luar Bandar dan para penganggur sedangkan mereka mempunyai Diploma/Ijazah dan Program Train and Place. Kebanyakan mereka telah mempunyai hala tuju baru dalam menempa kehidupan mereka. Di Ubis ,saya telah menekankan pentingnya memperkuatkan diri dengan kemahiran supaya mereka mempunyai Jati diri dalam membuat keputusan berjuang. Saya sungguh teruja dengan semangat dedikasi yang ditunjukan apabila keluar dari Akademi Ubis. Mereka tahu tanggungjawap yang menunggu mereka apabila mempunyai Ilmu yang telah dituntut. Sekarang Ilmu yang diperolehi dituntut memanafaatkan pemiliknya. Lakukanlah dengan Ikhlas dan penuh keimanan. Bagi mereka yang miskin dari segi pendapatan ( Senarai E-kasih) , bantulah keluarga keluar dari belenggu kemiskinan.
Chef Ubis adalah tempat saya jadikan Hub untuk bantu orang susah menjadi senang dengan berkemahiran yang mampu dimiliki. Saya dan Isteri saya Noor Azura boleh dihubungi ditalian 019 321 3942 atau 019 598 2371.

Wednesday, August 4, 2010

ID dan buku kedatangan Pelajar Ubis

Inilah buku kedatangan kami, macam buku passport..setiap kali tamat kelas ..kami dikenakan dapatkan cop dan pengesahan dari Pengetua Akademi Puan Zura atau Chef Syed Azam..gagal dapatkan cop kedatangan akan dianggap tidak hadir kelas...hilang elaun harian dan kalau dapat surat cuti..kena lampirkan... Buku ini berbalut plastik..sekirnya tak berbalut..setiap kari ke krim ke atau apa2 sos pasti melekat kat buku .. setiap penerimaan elaun mingguan juga akan dicatitkan didalam buku ini.... sy rasa sedih juga nak tinggalkan tempat ini...rasa macam nak sambung belajar lagi kalau diberi peluang.. tapi saya dah ada tanggungjawap yang diamanahkan oleh Chef saya...iaitu BANTU KELUARGA SAYA KELUAR DARI KEMISKINAN, saya nak bina taraf kehidupan baru setelah tamat kursus ini ...saya tahu Chef saya akan melawat saya satu hari nanti....SITI RAFEAH - Peserta cadangan PLB Port Dickson

Tamat Latihan PLKK - Kullinari Ubis

Intan, Ismaliza, , saliha, Nurul, Naraziah, Irma, Nora, Nuremashalizah, Hidayatul, Nor aziah, Peah, Norizra, Ika, Hawa....not in Picture - Ain and Seri. Chef will miss u all...and maafkan Chef kalau jerit2 kat semuanya dalam kelas..semua itu juga utk kebaikan awak semua..supaya awak semua tidak lalai dan ambil mudah setiap perkara dan cabaran di luar sana adalah lebih hebat. Ingat pelajaran yang kamu belajari dan manafaatkan .. Chef hendak awak semua berjaya dalam Hidup...salam 1Malaysia .. jangan lupa jaga solat

KEK DAN PASTRI OLEH UBIS





Tamat Kursus Program PLKK

Program PLKK ini telah berakhir setelah 2 bulan berlangsung. Seramai 15 orang peserta dari beberapa Pembangunan Luar Bandar Perak , Negeri Sembilan dan Johor Tengah telah menghantar Peserta masing-masing.