Friday, October 23, 2009

Sisipan YO Utusan Malaysia 24 Oktober 2009

MUKADIMAH
SYED AZAM JAMALULLIL adalah tunas didikan MARA, Pakarunding MARA untuk pengurusan perniagaan, pengurusan perakaunan dan bidang masakan. Beliau juga adalah juruterbang sambilan, pemegang talipinggang Hitam ke 6 Tae Kwon-do disamping mempunyai syarikat kejuruteraan bahan bakarnya sendiri dan pengasas Akademi Latihan Ubis.
Email : ubisyed@yahoo.com.my Blog : www.ubisyed.blogspot.com

Berniaga . Salah satu cara untuk menjadi Kaya.
Memulakan sesuatu perniagaan dengan dengan kemahiran dan tata urus pengurusan yang betul adalah satu usaha untuk menjadikan Usahawan itu berdaya maju dengan apa yang diusahakan. Tajuk kali ini adalah bagaimana seorang yang berniaga mampu mendapat hasil yang lumayan denagn memilih bidang perniagaannya. . Pendapatan perniaga menjangkau tahap pendapatan yang tidak dihadkan bergantung kepada usaha dan pemilihan sektor perniagaan berbandingan diantara pekerja yang mengambil gaji tetap bulanan. Seorang peniaga yang mengusahakan perniagaan tidak meletakan tahap pendapatan atas usaha yang dijalankan. Samada ianya dapat memaksimakan pendapatannya ataupun menanggung pembiayaan dengan wang sakunya sendiri, begitu juga takluk masa terhadap kerja-kerjanya. Pengusaha adalah seseorang yang terikat dengan tugasannya seperti 24 jam seharian malah perkara 6 bulan kehadapan pun perlu dirancang untuk mampu berdikari. Menceburi perniagaan secara tidak langsung menaikan “metabolisma “ daya memajukan diri dan sifat hijrah lebih ketara. Minda lebih terbuka dan peka untuk mengetahui sesuatu perkara berkaitan dengan perniagaannya.
Janji Allah bahwa 9 daripada 10 rezeki adalah datang dari sumber perniagaan . Yang Mencipta lebih mengetahui keadaan hambanya yang memilih jalan perniagaan sebagai Punca Pencarian rezeki keluarga. Penulis percaya meletakkan “kedua-dua belah kaki dalam bidang perniagaan akan dikurniakan kekuatan diri yang lebih ketara daripada pilihan mengambil gaji untuk sara hidup. Kekuatan Jiwa juga adalah harta tak ketara kepada perniagaan. Ia adalah kualiti penguasaha atas perniagaannya seterusnya mengandakan nilai ekuitinya.

Sikap yang terpupuk dari tekanan ekonomi adalah positif.
Sikap seorang peniaga akan terpupuk secara tidak sedar atau sedar akibat tekanan-tekanan mikro dan Makro ekonomi untuk menjana pembangunan minda terhadap perlakuan dan tindak tanduk ia menjaga perniagaannya . Peniaga akan mengalami satu proses perubahan dan pembelajaran yang tersusun secara ilmiah dan perkara ini mesti dilalui oleh setiap peniaga dengan cara dan dibidangnya yang tersendiri seterusnya terselamat ( survivor). Proses inilah yang akan menguatkan tapak asas asalkan peniagaan tidak berundur dari sini apabila mengalami masalah. Ia adalah sebahagian daripada KITAR HAYAT PERNIAGAAN yang memerlukan pengusaha itu tunggu . menghadapi dan mempelajarainya. Tahap kitaran ini adalah sangat penting kerana menentukan samada naiknya usaha dan perniagaannya atau turunnya perniagaannya selepas sesuatu keadaan.
Pendapatan yang lumayan.
Apabila melalui kesemua Proses Kitaran Hayat Perniagaan , sewajarnya perniaga boleh mengambil ganjaran atas apa yang telah diusahakan. Sesuatu yang usahakan semalam tidak boleh dirasai secara kekal pada hari ini. Ia adalah proses masa, ketekunan, ilmu, bertawakal dan sentiasa membaiki diri. Akan tetapi sekiranya peluang mengejar pendapatan lumayan, ianya tidak berkisar jauh dari menjalankan perniagaan. Perniagaan ini mampu mengkayakan pemiliknya asalkan perniagaan ini dijalankan dengan baik. Pendapatan dari perniagaan tidak dapat dihadkan denga factor nilai tetap tawaran bergaji, ia adalah Faktor angkubah bergantung kepada nilai-nilai perkhidmatan/barangan dan bidang yang diceburi juga kekerapan permintaan.
Fahami Kitaran hayat terhadap sesuatu perniagaan dan tata urus pengurusan yang baik. Anggap ianya satu displin yang perlu dijagai seperti peraturan lain. Peraturan perniagaan ini hanya dipantau oleh pemiliknya yang dikenali sebagai “SELF MOTIVATION”. Ketekunan ini menjadikan KEKAYAAN itu tidak diukur dengan pendapatan tetapi ilmiah , jati diri yang membawa kepada kejayaan syarikatnya meraih keuntungan hasil daripada keputusan yang baik dibuatnya.

No comments:

Post a Comment