Sunday, August 8, 2010

Penulis Blog : Syed Azam Jamalullil

Salam 1 Malaysia, Saya Syed Azam Jamalullail, sudah berumahtangga dengan Noor Azura Mohammad mempunyai 2 cahaya mata lelaki Syed Syamin dan Syed Faris. Saya menetap di Ipoh kerana Ipoh adalah tempat saya dibesarkan, sekolah St Micheal Institution ( hadapan padang Ipoh).
Sebagai perfession saya adalah seorang Jurutera dalam Bahan bakar disamping membangunkan idea Chef Product dan Kullianri bersama isteri saya. Perniagaan ini adalah miliknya yang saya hadiahkan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9 dan mula beroperasi pada ulang tahun lahirnya pada (37 tahun) 23Mei2008 .
Pada hari ini, saya telah melakukan banyak aktiviti Kullinari seperti Kek dan Pastri untuk mengajar anak-anak dari Luar Bandar dan para penganggur sedangkan mereka mempunyai Diploma/Ijazah dan Program Train and Place. Kebanyakan mereka telah mempunyai hala tuju baru dalam menempa kehidupan mereka. Di Ubis ,saya telah menekankan pentingnya memperkuatkan diri dengan kemahiran supaya mereka mempunyai Jati diri dalam membuat keputusan berjuang. Saya sungguh teruja dengan semangat dedikasi yang ditunjukan apabila keluar dari Akademi Ubis. Mereka tahu tanggungjawap yang menunggu mereka apabila mempunyai Ilmu yang telah dituntut. Sekarang Ilmu yang diperolehi dituntut memanafaatkan pemiliknya. Lakukanlah dengan Ikhlas dan penuh keimanan. Bagi mereka yang miskin dari segi pendapatan ( Senarai E-kasih) , bantulah keluarga keluar dari belenggu kemiskinan.
Chef Ubis adalah tempat saya jadikan Hub untuk bantu orang susah menjadi senang dengan berkemahiran yang mampu dimiliki. Saya dan Isteri saya Noor Azura boleh dihubungi ditalian 019 321 3942 atau 019 598 2371.

No comments:

Post a Comment